The Malaysia Million Pixels Beta- Price: FREE
Home  |  Get pixels  |  Top 10  |  Pixel list  |  Referrals  |  Traffic  |  Blog  |  FAQ Available: 824,300     Busy: 175,700

The Malaysia Million Pixels: Beta FAQ page




Apakah Sebenarnya Malaysia Million Pixels ini?

Sebenarnya website ini adalah mengikut konsep seorang pelajar sebuah universiti di England. Pada saya, ideanya sagat bagus sekali. Thanks to milliondollarhomepage[dot]com. Tujuan utama beliau membuat konsep link pixels ini adalah untuk membiayai pengajian beliau di universiti. Anda boleh melawat website beliau di milliondollarhomepage[dot]com sebagai contoh. Anda akan lebih memahami apa sebenarnya Malaysia Million Pixels ini selepas melawat website beliau.



Berapakah bayaran untuk setiap link pixels ini?

Buat masa sekarang, website ini adalah di dalam Beta test & semua link pixels adalah FREE. Saya bercadang untuk melancarkan website ini bagi link pixels premium, iaitu berbayar. Cuma RM5 sahaja untuk setiap 10x10(100)pixel iaitu 1 petak grid. Cukup murah berbanding website dari luar negara iaitu USD $1 hanya untuk 1 pixel sahaja & bukan 1 petak grid. Bermakna mereka mengenakan bayaran untuk 1 petak grid sebanyak USD $100. Saya tidak mahu mengambil keuntungan yang sia-sia kerana tujuan asal saya adalah untuk membina website yang pertama yg menawarkan konsep seperti ini di Malaysia & saya ingin mengajak anda menyokong usaha saya ini dan menjadi sebahagian dari sejarah cyber Malaysia. Nantikan pelancaran website premium Malaysia Million Pixels ini dari saya.

Kenapa ingin melancarkan Malaysia Million Pixels berbayar?

Tujuan saya ingin melancarkan Malaysia Million Pixels yang berbayar adalah kerana:

1.  Malaysia Million Pixels yang berbayar akan menggunakan domain baru yang khas iaitu .com. Bukannya seperti sekarang iaitu subdomain sahaja.
2. Untuk membiayai kos webhosting dan maintenance website.
3. Kos lain-lain yg akan saya nyatakan kemudian.


Apakah kelebihan Malaysia Million Pixels yang berbayar nanti?

1. Secara mudahnya, link pixels yang berbayar menampakkan kualiti website anda juga adalah exklusif.
2. Jaminan link pixels anda akan kekal sekurang-kurangnya selama 3 tahun. Biasanya mencecah 5 tahun ke atas.(bergantung kepada sokongan anda terhadap website Malaysia Million Pixels itu nanti)
3. Link pixels yang berbayar adalah dikhaskan hanya untuk rakyat Malaysia(website dari Malaysia sahaja) sahaja kerana website pixels ini sekarang adalah bebas untuk tidak kira webmaster dari Malaysia atau tidak.
4. Anda akan menjadi sebahagian dari sejarah cyber atau internet Malaysia yang pertama sekali diwujudkan konsep seperti ini.
5. Lebih traffic pelawat ke website anda.
6.Seterusnya akan diberitahu kemudian.



Bilakah website projek Malaysia Million Pixels premium akan dibuka kepada umum untuk tempahan link pixels?

Saya bercadang untuk melancarkan website itu dalam jangkamasa 2(dua) bulan dari sekarang jika tiada apa-apa halangan. Tetapi, semuanya bergantung kepada anda semua untuk menyokong usaha ini. Lebih banyak sokongan daripada anda, lebih cepatlah saya akan melancarkan website premium Malaysia Million Pixels ini. Be a part of the history!

Bagaimana saya ingin menunjukkan sokongan saya terhadap projek Malaysia Million Pixels ini?

Mudah sahaja, sebelum website premium Malaysia Million Pixels dilancarkan, saya ingin anda menunjukkan sokongan anda terlebih dulu dengan meletakkan link-link website anda pada halaman FREE pixel ini dahulu. Penyertaan anda amat saya hargai & disamping itu juga kita akan mendapat lebih ramai kenalan dari webmaster dan blogger-blogger dari seluruh Malaysia khasnya. Jika saya mendapat reaksi yang menggalakkan dari anda semua, maka lebih cepatlah laman premium Malaysia Million Pixels ini akan dilancarkan. Sila sebarkan berita/website ini pada teman, rakan, saudara atau sahabat anda tidak kira mereka bloggers atau webmasters dan sesiapa sahaja asalkan mereka yang mempunyai website atau blog-blog. Anda dipersilakan untuk menggunakan banner yang telah saya sediakan untuk tujuan promosi di bahagian ini. Hidup Malaysia! Tunjukkan sokongan anda!

Saya masih mempunyai beberapa soalan megenai projek Malaysia Million Pixels ini.

Sila hubungi/email saya menggunakan form ini. Terima kasih kerana menghubungi saya.

Bagaimana jika saya ingin menempah pixels link untuk website rasmi Malaysia Million Pixels itu nanti?

Anda boleh menempahnya melalui menghantar feedback kepada saya & memberitahu berapa anggaran petak grid yang anda mahukan. Saya mengesyorkan agar anda subscribe dengan newsletter Malaysia Million Pixels ini untuk mengetahui tarikh tepat pelancaran websote premium itu nanti & untuk mengetahui sebarang perkembangan website ini dari semasa ke semasa. Untuk bayaran sila rujuk di sini.

Join My Community at MyBloglog!